Paparan Berita
recent

Taklimat Pengisian Data i-NILAM Secara Online Kepada Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17 Projek Rintis Sekolah Ahli PKG 09 Melekek 2013




Seramai 11 orang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17 Projek Rintis Sekolah Ahli PKG 09 Melekek  telah menghadiri  Taklimat Pengisian Data i-Nilam Secara Online yang telah diadakan pada 06 Mac 2013 (Rabu) bertempat di Makmal Komputer SMK Naning, Alor Gajah Melaka.
                  Kursus yang dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka dengan dibantu oleh PKG 09 Melekek ini telah dijalankan dengan jayanya dengan mempunyai matlamat untuk melahirkan PT yang berkeyakinan serta mampu bekerja dalam satu pasukan untuk meningkatkan kualiti dalam pengurusan kerja harian. Selain itu, kursus ini juga dapat menjadi teras untuk merapatkan hubungan dan meningkatkan pemuafakatan kepada semua peserta semasa kursus dijalankan. 
                  Semua peserta didedahkan dengan sistem automasi program NILAM bersepadu yang mengandungi  7 menu utama iaitu Naik kelas murid sesi 2012 ke sesi 2013, Streaming murid sesi 2013, Utiliti: import data murid sesi 2013, Maklumat murid, Rekod bacaan murid, Rakan pembaca dan Profil sekolah. Peserta juga diberi maklumat terkini tentang program NILAM dan IQ-PSS. Fasilitator yang telah menjayakan kursus kali ini terdiri daripada En. Syaharum b. Abdullah (PKG 09 Melekek) dan En. Mohd.  Amir Shah b. Musa @ Abu Bakar (PKG 08 Alor Gajah).
PKG 09 Melekek

PKG 09 Melekek

Powered by Blogger.