Paparan Berita
recent

Data Peralatan ICT Di Sekolah Untuk Keperluan Audit Negara 2013

Assalamualaikum wbt..

Audit Negara akan ke BTPN Melaka dan ke beberapa buah sekolah yang telah disenaraikan untuk tujuan audit penyelenggaraan ICT di sekolah pada 8 Julai 2013. Sehubungan dengan itu, data peralatan ICT di sekolah perlulah dilengkapkan berpandukan pautan yang disertakan. Data-data tersebut mengikut sekolah ahli PKG Melekek. Semasa mengisi data, sila ambil perhatian perkara-perkara berikut :-

  • Jumlah komputer desktop sekolah.
  • Lain-lain merujuk kepada lokasi lain seperti bilik-bilik khas iaitu Pusat Sumber, Bilik Boss, Bilik Sains, Pra Sekolah, Bilik Ketua Bidang/Panitia, Bilik Peperiksaan, Makmal-Makmal lain di SMT/SMV dan sebagainya.
  • Bilangan printer, scanner, LCD, Switch adalah merujuk kepada jumlah keseluruhan yang terdapat di sekolah.
  • Kesemua peralatan ICT adalah peralatan yang telah didaftarkan kedalam KEW-PA 2 dan milik kerajaan yang boleh diselenggara. Jika terdapat peralatan sumbangan pastikan ianya sudah didaftarkan untuk menjadi aset kerajaan.
Data-data lengkap hendaklah dihantar pada/sebelum 4 Julai 2013 untuk tujuan penyelarasan.
Kerjasama pihak tuan/puan amatlah diharap-harapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sila klik pada gambar untuk pergi ke pautan yang disediakan. Sekian, terima kasih.

PKG 09 Melekek

PKG 09 Melekek

Powered by Blogger.